Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BAYAN LI AL-HAJ SIRI KE- 27 : AMALAN-AMALAN YANG DIANJURKAN PADA 10 ZULHIJJAH

SOALAN

Apakah amalan-amalan yang digalakkan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah)?

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.

Hari Nahar merupakan di antara hari perayaan yang besar di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ يَوْمَ عَرَفَةَ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَأَيَّامَ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الإِسْلاَمِ وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Hari Arafah, Hari Nahar dan Hari-Hari Tasyriq ialah hari raya kami bagi orang Islam dan ianya ialah hari-hari makan dan minum”.

Riwayat Abu Daud (2419) dan al-Tirmizi (773)

Antara amalan yang digalakkan kepada umat Islam untuk dilaksanakan ialah:

  1. Melontar Jamratul Kubra mengikut syarat-syaratnya.
  2. Menyembelih binatang korban.
  3. Bercukur atau bergunting rambut sebagai rukun haji dengan syarat-syaratnya.

Firman Allah SWT:

مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ

Maksudnya: “dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya”

(Surah al-Fath: 27)

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ رَحِمَ اللَّهُ الْمُحَلِّقِينَ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا وَالْمُقَصِّرِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ رَحِمَ اللَّهُ الْمُحَلِّقِينَ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا وَالْمُقَصِّرِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ رَحِمَ اللَّهُ الْمُحَلِّقِينَ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا وَالْمُقَصِّرِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ وَالْمُقَصِّرِينَ ‏"‏

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Semoga Allah SWT merahmati mereka yang mencukur rambutnya (sampai botak)” lalu mereka berkata: “Dan juga bagi mereka yang menggunting rambutnya, ya Rasulullah?” Baginda bersabda lagi “Semoga Allah merahmati mereka yang mencukur rambut mereka (sampai botak)”. Lalu mereka berkata lagi: “Dan juga bagi mereka yang menggunting rambutnya, ya Rasulullah?”. Namun Baginda tetap bersabda “Semoga Allah merahmati mereka yang mencukur rambut mereka (sampai botak)”. Mereka berkata lagi: “Dan juga bagi mereka yang menggunting rambutnya, ya Rasulullah?”. Kemudian Baginda bersabda: “Dan juga (semoga Allah merahmati) bagi mereka yang menggunting rambutnya”.

Riwayat Muslim (1301)

  1. Tawaf Ifadhah (Tawaf Rukun) sebagai rukun haji.

Rasulullah SAW bersabda:  

  1. Sa’ie dengan syarat-syaratnya.

 

KESIMPULAN

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai olehNya seterusnya hidup dibawah rahmatNya. Amin.