Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BAYAN AL-HAJ #SIRI 24: CARA-CARA MELAKSANAKAN HAJI

 

 

SOALAN

Bagaimanakah cara-cara mengerjakan ibadah haji?

 

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW.

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Pelaksanaan ibadah haji ini adalah menunjukkan kepada satu mercu kesatuan umat Islam di seluruh dunia. Justeru, pelaksanaan ibadah tersebut mestilah disertai dengan hati yang ikhlas dan penuh ketaqwaan kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Allah SWT berfirman:

 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ۚ

Maksudnya : “Dan  sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah..”

Surah al-Baqarah :196

 

Daripada ‘Aisyah R.Anha berkata :

 

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ، فَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ، وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجٍّ وَعُمْرَةٍ، وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ، «وَأَهَلَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَجِّ»، فَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ فَحَلَّ، وَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجٍّ أَوْ جَمَعَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ، فَلَمْ يَحِلُّوا، حَتَّى كَانَ يَوْمُ النَّحْرِ

Maksudnya: “Kami keluar bersama Rasulullah SAW pada ketika haji wida’. Maka, diantara kami ada yang melakukan ihram dengan umrah, ada yang melakukan haji serta umrah, dan ada pula yang melakukan dengan haji sahaja sedangkan Rasulullah SAW melakukan ihram dengan haji. Adapun orang yang melakukan ihram umrah maka dia halal, adapun orang yang melakukan ihram dengan haji atau menggabungkan haji dengan umrah, maka dia masih belum berada dalam keadaan halal sehingga hari nahar atau korban.”

Riwayat Muslim (1211)

 

KESIMPULAN

Haji adalah satu ibadah yang ditaklifkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia yang mempunyai kemampuan dalam melaksanakannya. Justeru, di dalam syariat Islam, Allah SWT telah menetapkan beberapa cara pelaksanaan ibadah tersebut mengikut kemampuan individu itu sendiri. Cara pelaksanaan tersebut ialah dengan cara Ifrad, Tamattu’ dan Qiran.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.

 

Wallahua’lam