SOALAN 68 (28 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 15/07/2015)
Apakah hukum mewakilkan zakat?
JAWAPAN
Cara berzakat yabg afdhal ialah pemilik harta mengagihkannya kepada golongan yang berhak kecuali hukum yang telah dihuraikan tentang penyerahan harta kepada pemerintah.
Pemilik harta juga boleh mewakilkan kepada orang lain untuk mengeluarkan zakat hartanya. Ini kerana zakat merupakan tanggungjawab yang berkaitan dengan harta. Semua pelaksanaan yang berkaitan dengan harta harus diwakilkan kepada orang lain.
Contohnya, wakil melunaskan hutang, membayar harga dan memulangkan barang-barang yang disimpan dan dipinjam kepada pemilik harta tersebut.
Justeru, pemilik harta harus mewakilkan sesiapapun yang boleh menggalas taggungjawab bagi pihak dirinya, termasuk orang kafir dan kanak-kanak mumayyiz dengan syarat jika berwakil kepada orang kafir atau kanak-kanak, dia hendaklah menentukan penerimaan zakatnya.