SOALAN 8 (19/06/2015 BERSAMAAN 02 RAMADAN 1436H)
Bagaimana sekiranya seseorang itu meyangka fajar belum terbit (semasa bersahur) atau maghrib sudah masuk (semasa berbuka)?
JAWAPAN
Jika sekiranya seseorang menjangkakan fajar belum terbit lagi dengan makan atau minum, sedangkan ternyata sangkaannya itu salah, maka batallah puasanya. Walaupun begitu, hendaklah ia meneruskan imsak sepanjang hari tersebut kerana menghormati Ramadan.
Ibn Qudamah menyebut di dalam kitabnya al-Mughni: “Bahawa sesiapa yang makan disangka fajar masih lagi belum terbit, tetapi sebenarnya sudah terbit atau berbuka dengan sangkaan matahati sudah terbenam, sedangkan belum lagi, maka puasanya batal dan hendaklah diqhada’. Ini pendapat kebanyakan ahli ilmu.” Pendapat ini amat kuat kerana yakin tidak boleh ditolak dengan syak.