Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

SISA MAKANAN DI CELAH GIGI

SOALAN 11 (19/06/2015 BERSAMAAN 02 RAMADAN 1436H)

 

Adakah batal puasa sekiranya sisa makanan terlekat di celah gigi?

 

JAWAPAN

Sisa-sisa makanan di celah-celah gigi yang tertelan bersama air liur tidak membatalkan puasa sekiranya susah untuk membezakan dan meludahkannya kerana ada halangan dan tanpa kecuaiannya. Hal ini jika sekiranya sedikit. Sebaliknya, jika kuantiti sisa-sisa makanan banyak, maka ia membatalkan puasa. Inilah pendapat mazhab Maliki, Syafie, Hanbali, Abu Yusuf dan Zufar. Inilah pendapat yang kami cenderung.