Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

HUKUM BERSIWAK DI SIANG HARI RAMADAN

SOALAN 12 (19/06/2015 BERSAMAAN 02 RAMADAN 1436H)

 

 

Apakah hukum bersiwak di siang hari Ramadan

 

JAWAPAN

Hukum bersiwak atau gosok gigi selepas gelincir matahari adalah khilaf. Sebahagian memakruhkannya dan sebahagian yang lain mengharuskannya. Pendapat yang sahih dan rajih adalah harus. Dalil tidaklah menetapkan waktu. Ini kerana bau mulut yang melampau juga tidak disenangi oleh rakan-rakan yang berhampiran.