Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

MENGGUNAKAN MERIAM SEBAGAI PETANDA BERBUKA DAN BERSAHUR

SOALAN 4 (18/06/2015 BERSAMAAN 01 RAMADAN 1436H)

Apakah boleh menggunakan meriam untuk petanda berbuka puasa atau bangun sahur? 

JAWAPAN

 

            Menggunakan alat-alat tertentu bagi mengejutkan masyarakat supaya bangun bersahur atau bagi menandakann masuknya waktu berbuka puasa adalah dibolehkan, seperti yang difatwakan oleh Syeikh Atiyah Saqr (salah seorang ulam al-Azhar yang terkemuka). Mengikut sejarah, pada pertengahan kurun ke-9 Hijrah, digunakan meriam bagi menandakan waktu berbuka puasa di Mesir pada zaman pemerintahan Khushqadam ketika dihadiahkan kepadanya meriam, lantas dicubanya. Kebetulan waktu tersebut, ketika terbenamnya matahari pada awal Ramadan, lantas manusia menyangka taqlid yang baru dan mereka mengucapkan terima kasih kepada pemerintah tersebut. Walaupun begitu, saya lebih cenderung kepada azan yang dilaungkan sebagai petanda untuk berbuka dan juga bersahur.