Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-FATWA KE-34: JUMLAH JEMAAH UNTUK MENGERJAKAN SOLAT JENAZAH

SOALAN:

BERAPAKAH JUMLAH JEMAAH UNTUK MENGERJAKAN SOLAT JENAZAH?

 

JAWAPAN:

Solat jenazah mamadai dengan seorang sahaja sebagai fardu kifayah. Berkenaan dengan soalandi atas terdapat hadis Ibn Abbas R.Anhuma menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِم يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا، لَا يُشْرِكُونَ بِاللهِ شَيْئًا، إِلَّا شُفِّعُوا فِيهِ

Maksudnya: “Setiap seorang muslim yang meninggal dinia lalu ada 40 orang menyembahyangkan jenazahnya dan mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, maka solat yang mereka lakukan akan memberi syafaat kepada si mayat.”

Riwayat Muslim (948) dengan lafaz yang berbeza,Abu Daud (3170), Ahmad dengan lafaz yang sama dengan Muslim (2509) dan Ibn Hibban (3082)

 

            Oleh itu, semakin ramai jumlah orang yang melakukan solat ke atas jenazah seseorang, maka itu lebih baik. Mengikut al-Sunnah, mereka yang melaksanakan solat jenazah itu disunatkan membuat tiga saf. Ketika orang-orang telah siap melaksanakan solat jenazah, Ibn Abbas R.Anhuma membahagikan mereka kepada tiga saf. Sebab inilah cara yang terbaik. Demikian itulah yang dilakukan oleh Jabir RA dan kebanyakan sahabat lainnya. Jumlah Jemaah yang mengerjakan solat jenazah digalakkan melebihi 40 orang, dan inilah yang terbaik.

 

            Diriwayatkan dari Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa seharusnya jumlah orang yang melaksanakan solat jenazah seramai 120 orang, dan inilah yang lebih afdal. Tetapi as-Sunnah menerangkan bahawa jumlah 40 orang itu adalah yang terbaik. Dan barangkali jumlah di atas 40 orang hanya menunjukkan kepada banyaknya pahala sahaja.

 

            Betapa bahagianya orang yang ketika meninggal dunia disolatkan oleh seramai 40 orang atau lebih, di mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapaun, mengikhlaskan doa kepadanya dan dengan demikian semoga Allah memberi syafaat kepada mayat dengan berkat Jemaah.