اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Kunjung Hormat Kepada Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia dan Serahan Sumbangan Alat untuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

23 Februari 2021 (Selasa)

Alhamdulillah telah berlangsungnya sesi kunjung hormat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Hj. Abdullah kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), YBhg. Dato' Sr. Dr. Azhari bin Mohamed.

Banyak perkara kepentingan bersama dibincangkan dalam kunjungan ini terutamanya bagi memantapkan kerjasama strategik yang sedia terjalin di antara pihak PMWP dan JUPEM khususnya bagi meningkatkan kemajuan ilmu falak di negara ini. Selain itu PMWP didedahkan dengan pelbagai modul dan aplikasi terkini yang dibangunkan oleh JUPEM yang memberi manfaat besar kepada masyarakat.

Pihak JUPEM juga bermurah hati menyumbangkan 2 unit alat Total Station Topcon GPT 3005W yang telah disempurnakan penyerahannya oleh YBhg. Dato' Sr. Dr. Azhari kepada SS Datuk Dr. Luqman. Semoga penyampaian perkhidmatan delivery systems PMWP dalam bidang falak akan semakin meningkat melalui penggunaan peralatan moden dan sofistikated ini.