اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Bengkel Dalaman Penyediaan Infografik Maklumat Falak dan Latihan Pemprosesan Imej Astronomi

29 – 30 Mac 2021 (Isnin & Selasa)

Pada 29 dan 30 Mac 2021 yang lalu, telah berlangsungnya bengkel dalaman penyediaan infografik maklumat falak dan latihan pemprosesan imej astronomi. Bengkel tersebut telah dijalankan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Nilai dengan melibatkan 10 orang peserta kakitangan Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk menyediakan dan menyediapkan data-data dan maklumat berkenaan penyediaan infografik maklumat falak dan melatih dan meningkatkan kemahiran kakitangan Unit Falak PMWP berkenaan kemahiran memproses imej astronomi.