اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1442H

12 April 2021 (Isnin) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1442H. Majlis ini diadakan serentak di lokasi cerapan Wilayah Persekutuan iaitu di Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konveksyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Cerapan ini dilaksanakan adalah bagi penentuan awal bulan Ramadan 1442H dengan berpandukan kaedah Imkanur Rukyah. Keputusan berkenaan tarikh permulaan ibadah puasa umat Islam bagi tahun 1442H akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab.

Majlis cerapan rasmi tersebut dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa melihat anak bulan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Data Hilal pada 12 April 2021 di Menara KL dan PICC adalah seperti berikut ;

Menara KL & PICC (12 April 2021)
• Bulan Terbenam : 19:36
• Umur Hilal : 9j 05m
• Matahari Terbenam : 19:19
• Ijtimak : 10:31 (12/4/2021)
(hasil cerapan – anak bulan tidak kelihatan)

Antara cabaran yang perlu diambil kira ketika mencerap hilal ialah faktor cuaca. Awan tebal atau kabus di ufuk akan mempengaruhi faktor kenampakan hilal.
Berikut merupakan gambar-gambar sekitar aktiviti cerapan hilal Ramadan 1442H: