29 – 30 JUN 2019 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan (PMWPL) telah menganjurkan Daurah Fiqh Wanita Tahun 2019 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Darul Kifayah Labuan. Pengisian program ini telah dikendalikan oleh penceramah khas iaitu Syeikh Al-Hadith Maulana Mansoor bin Ismail Al-Hafiz. Peserta program ini dihadiri seramai 250 orang yang terdiri daripada masyarakat awam sekitar Labuan, Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam MAIWP dan pelajar Kompleks Darul Kifayah Labuan. Sesungguhnya daurah ini banyak memberikan manfaat kepada para peserta yang telah mengikuti program ini sepanjang 2 hari berlangsung.
نشرة أنباء لابوان
DAURAH FIQH WANITA 2019 (PMWP LABUAN)
Siti Zulaiha Khalid
الزيارات: 9076