اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TEMU MESRA JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PENDUDUK ARU, LABUAN

LABUAN, 24 OKTOBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Program Temu Mesra JMWP bertempat di Masjid Sirajul Islam, Kampung Tanjung Aru. Program tersebut telah diisi dengan Forum MADANI bertajuk “Memperkasa Ahli Sunnah Wal Jamaah” yang disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr Luqman Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian yang merupakan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Forum ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Muazul Amin bin Mohd Adlan, Penolong Mufti Unit Istinbat, JMWP selaku moderator.

Selain dihadiri oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran hampir 500 orang penduduk setempat. Semoga pelaksanaan program Temu Mesra JMWP ini dapat merapatkan hubungan antara JMWP dengan masyarakat di samping memberi pencerahan dalam memahami Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada semua yang hadir.