اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

ZIARAH MAHABBAH JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (JMWP) CAWANGAN LABUAN KE KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (KML)

LABUAN, 3 Ogos 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) Cawangan Labuan mengadakan Ziarah Mahabbah ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Ziarah Mahabbah ini bertujuan mengadakan perbincangan awal antara JMWP Cawangan Labuan dengan KML bagi Program Bayan Linnas Siri 5/2026.

Perbincangan ini turut disertai oleh Tuan Hasnul Hadi bin Hj. Sariman, Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan bersama Timbalan Pengarah, Ustaz Syahmun bin Yahaya dan kakitangan KML. Hasil daripada perbincangan tersebut, KML menyambut baik hasrat (JMWP) Cawangan Labuan untuk mengadakan Program Bayan Linnas Siri 5/2026 sebagai platform penyampaian informasi kepada mahasiswa KML berkaitan kefatwaan dan isu-isu yang terlibat. Pihak KML juga bersedia untuk bekerjasama dari aspek teknikal dan tempat bagi menjayakan program berkenaan.

Perbincangan dua hala ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan antara JMWP dengan KML sebagai rakan strategik di Wilayah Persekutuan Labuan.