اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM INTERNATIONAL OBSERVE THE MOON NIGHT 2026

LABUAN, 19 September 2026  – Unit Falak, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan telah melaksanakan Program International Observe the Moon Night 2026 di Padang Dataran Labuan Anjuran Dark Sky Malaysia. Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mencerap Bulan menggunakan teleskop, mempelajari fakta berkaitan Bulan serta mendalami ilmu astronomi secara santai dan interaktif.

Program ini turut menekankan penglibatan dan kerjasama pelbagai agensi serta jabatan, termasuk Perbadanan Labuan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Dark Sky Malaysia. Kerjasama rentas agensi ini dapat memperkukuh usaha dalam memperkenalkan ilmu astronomi, falak dan sains angkasa kepada masyarakat.

Program tersebut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan, khususnya yang melibatkan keluarga, kanak-kanak dan golongan muda. Program seperti ini bukan sahaja menjadi ruang riadah dan pembelajaran, malah dapat meningkatkan minat masyarakat terhadap ilmu falak, astronomi dan penerokaan alam semesta, serta mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan agensi-agensi yang terlibat.