LABUAN, 11 MAC 2021– Encik Shahrul Kamal Bin Osman, Setiausaha Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) diiringi Encik Mohd Sabri Bin Seman Ketua Penolong Setiausaha Bahagian dan Encik Muhammad Ezwan Bin Baharudin Penolong Setiausaha telah membuat lawatan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (PMWPCL).
Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat ruang kerja di PMWPL di samping memantau aset-aset kerajaan yang berada di bawah seliaan PMWPCL. Lawatan ringkas yang dimulakan dengan sesi fotografi bersama kakitangan PMWPCL dan disusuli dengan taklimat berkaitan hal ehwal pejabat oleh Puan Farida Jilis, Penolong Pegawai Tadbir (PMWPCL).
Di akhir lawatan, Encik Shahrul Kamal sempat memberikan beberapa nasihat dan panduan berkaitan pengurusan kewangan untuk penambahbaikan pentadbiran kewangan di PMWPCL.