BANDAR BARU BANGI, 28 JANUARI 2022 - Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan PMWP telah berlangsung selama 3 hari bermula 26 Januari hingga 28 Januari 2022 di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi melibatkan seramai 40 peserta terdiri daripada wakil-wakil pejabat mufti negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Antara tajuk yang dibincangkan dalam program ini seperti almanak astronomi tahunan, isu-isu berkaitan falak terutama sistem takwim hijri yang menggunakan kriteria baharu, peranan NGO falak Malaysia dan perancangan aktiviti falak tahunan negeri serta kebangsaan. Penglibatan dan maklum balas para peserta di sepanjang program ini berlangsung adalah amat baik sekali.
Melalui program sebegini, kesepakatan agensi-agensi berkaitan falak dalam menangani isu semasa dan aktiviti falak dapat diselaraskan dengan baik. Semoga usaha murni ini seperti ini berterusan serta dipertingkatkan lagi di masa hadapan.