اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN (KHAS) BIL. 2/2022

PUTRAJAYA, 4 APRIL 2022 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) Bil. 2/2022 secara atas talian di Dewan Syura, PMWP. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan dihadiri Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan serta 14 orang ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan berkaitan hukum syarak pada isu-isu berbangkit dan memperoleh keputusan berdasarkan perbincangan ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.