PUTRAJAYA, 14 APRIL 2023 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerima kunjungan daripada Jamiah Markaz Syeikh Abu Bakar, Kerala, India yang diketuai oleh Ustaz Bashir Mohamed Al-Azhari pagi tadi. Pertemuan mereka kepada Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan disambut baik dengan perbincangan kerjasama dalam bidang dakwah yang boleh direalisasikan antara dua pihak.
Para pelajar Jamiah Markaz, Kerala, India juga diberi kesempatan membuat lawatan tapak di PMWP di samping mendapatkan info-info berkaitan hal ehwal kefatwaan dan penyelidikan umumnya dengan bantuan pegawai-pegawai PMWP.