اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI SEMINAR ANTARABANGSA IMAM AS-SYAFI'I 1444H/ 2023

KUCHING, 18 MEI 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah diberi penghormatan bagi membentangkan kertas kerja pada seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’I 1444H/ 2023M bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching hari ini.

Seminar ini bertemakan “Kelestarian Fiqh As-Syafi’i Dalam Memacu Kemakmuran Ummah” yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaya bersempena Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun.

Majlis dihadiri lebih 1,000 jemputan dari seluruh negara serta jemputan pembentang dari Jordan, Indonesia dan Brunei  juga  diserikan sembilan sesi pembentangan kertas kerja yang membahas sejarah latar belakang hidup, pengaruhnya dalam fatwa di negara ini, legasi, fiqh as-Syafi’I dan fiqh kontemporari serta sumbangan besar Al-Imam as-Syafi’I dari sudut ilmu dan hukum.

SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Manhaj Fiqh As-Syafi’i Dan Perkembangannya”. Beberapa isu semasa telah dibangkitkanb dalam sesi soal jawab dan diberi pencerahan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan termasuklah isu penggunaan kalimah Allah dan isu hutang cukai LHDN yang ditinggalkan oleh si mati.

Majlis dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.