اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN RINGKAS PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 26 JUN 2023 ÔÇô Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut mesra kehadiran YBhg. Dato' Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) pagi tadi.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan isu-isu agama semasa dan hal-hal ehwal Pentadbiran Islam dan Kefatwaan. SS Datuk Mufti merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas kesudian YBhg. Dato' Dr Haji Zulkifle hadir ke pejabat ini. Semoga pertemuan ini menjalinkan hubungan yang dapat memberi manfaat khususnya buat masyarakat Islam di Malaysia.