اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN WOAG MALAYSIA KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 7 JULAI 2023 ÔÇô Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut baik kehadiran Ustaz Raafat M.H. Abusabha, wakil daripada Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysa (WOAG Malaysia) ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) semalam.

Pertemuan Ustaz Raafat M.H. Abusabha kepada SS Datuk Mufti bertujuan membincangkan beberapa perkara berkaitan penganjuran Kursus Kefatwaan di Darul Ifta Mesir dan meneroka program-program kerjasama antara WOAG Malaysia dengan PMWP memandangkan SS Datuk Mufti juga merupakan salah seorang ahli Majlis Syura WOAG Malaysia. Semoga pertemuan ini dapat menatijahkan hasil terutamanya dalam bidang keilmuan dan kefatwaan yang memberi manfaat kepada ummah.