اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KELAS TAFAQQUH BAGI PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2024

PUTRAJAYA, 29 OKTOBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit Istinbat telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Bagi Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 1/2024 yang bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Putra, Putrajaya. Program ini melibatkan 30 orang pemegang tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Antara objektif Kelas Tafaqquh ini dijalankan adalah untuk memperkukuhkan kefahaman ilmu agama islam khususnya di dalam bidang Al-Quran, Fiqh dan Akidah dalam kalangan pemegang tauliah mengajar agama islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk melahirkan asatizah yang lebih berkualiti. Intipati Kelas Tafaqquh ini melibatkan 3 sesi iaitu Sesi Al Quran, Sesi Fiqh dan Sesi Akidah dimana, ketiga-tiga sesi ini disampaikan oleh Penceramah yang pakar dalam bidang berkaitan.

Diharapkan Program Kelas Tafaqquh ini dapat menambah ilmu kefahaman agama Islam yang lebih mendalam dalam kalangan pemegang tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan agar setiap ilmu agama Islam yang disebarkan mengikut panduan yang betul mengikut kehendak syarak.