PUTRAJAYA, 20 NOVEMBER 2024 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit Istinbat dengan kerjasama Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP telah mengadakan Program Celik Fatwa. Program ini merupakan program celik fatwa yang ke-2 dianjurkan melibatkan pelajar pelajar tahun 2 Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP. Perasmian penutup telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBrs. Ts. Rohaya Binti Sulong, Timbalan Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal.
Objektif program ini diadakan untuk memberi pendedahan berkenaan fatwa serta proses pengeluaran fatwa di Wilayah Persekutuan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan bahaya ajaran sesat yang sedang menular di Malaysia.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kefahaman berkenaan fatwa dalam kalangan pelajar. Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP yang sudi menjadi destinasi kedua program ini. Program ini akan terus dilaksanakan di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan pada masa akan datang.