اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN PENERBITAN AL-QURAN AL-KARIM MUSHAF MADANI (ASBAB AL-NUZUL)

PORT DICKSON, 29 NOVEMBER 2024 - Bahagian Penerbitan, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Bengkel Semakan Penerbitan al-Quran al-Karim Mushaf Madani (Asbab al-Nuzul) pada 27 hingga 29 November 2024 di Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dengan melibatkan para pegawai penyelidik JMWP bagi membuat semakan dan penelitian yang menjelaskan tafsiran-tafsiran ayat suci al-Quran serta memudahkan kefahamannya mengikut aspirasi Madani. Usaha ini juga agar dapat diterbitkan sebagai sebuah mushaf al-Quran yang dapat memudahkan kefahaman bacaan masyarakat awam. Tambahan itu juga, penerbitan mushaf ini merupakan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri melalui pembahagian tugasan yang telah ditetapkan.

Semoga usaha penerbitan mushaf Maadani yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak serta menjadi rujukan terutamanya berkaitan kefahaman penurunan ayat-ayat al-Quran.