اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA MANTAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI)

PUTRAJAYA, 4 MAC 2025 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berserta ahli rombongan. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh mahabbah ini bertujuan untuk memperkukuhkan ukhuwah serta membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam di Malaysia.

Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak menyentuh pelbagai aspek melibatkan pembangunan sosioekonomi umat Islam, keperluan pendidikan Islam yang lebih holistik, serta usaha memperkukuh institusi keagamaan dalam arus pemodenan. YB Dato' Sri Mustapa turut berkongsi pandangannya mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi umat Islam, sementara Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman menekankan kepentingan kefahaman agama yang sahih dalam membina masyarakat yang harmoni.

Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat antara pemimpin negara dan institusi agama dalam usaha membimbing ummah ke arah kesejahteraan. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menyambut baik perbincangan seumpama ini dan berharap jalinan mahabbah serta kerjasama strategik dapat terus diperkukuh demi kebaikan bersama.