اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KE KEMENTERIAN LUAR NEGERI BAGI MEMPERKUKUH KERJASAMA DUA HALA

PUTRAJAYA, 6 Ogos 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengetuai delegasi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kunjungan hormat ke Kementerian Luar Negeri Malaysia yang disambut oleh YBhg. Dato' Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid, Setiausaha Bahagian Asia Barat, Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Kementerian Luar Negeri melalui perbincangan berkaitan kerjasama strategik, perkongsian kepakaran serta pengukuhan jaringan dalam hal ehwal Islam di peringkat antarabangsa. Pertemuan tersebut turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan mengenai inisiatif yang dapat memperkasakan peranan institusi Mufti dalam menyokong agenda diplomasi negara dan pembangunan ummah.

Turut mengiringi Sahibus Samahah ialah YBhg. Datin Najibah binti Abdul Mutalib, Ketua Penolong Mufti; Puan Noor Hazirah binti Harrun, Penolong Mufti Bahagian Khidmat Sokongan; Encik Muhammad Imran bin Ibrahim, Penolong Mufti Unit Istinbat; dan Encik Khairul Anuar bin Abdul Khalid, Penolong Mufti Unit Komunikasi Korporat.

Kunjungan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam memperluaskan jaringan strategik serta memperkukuh peranan institusi agama di peringkat nasional dan antarabangsa.