اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM MULTAQA SYARIAH INTELLECTUAL DISCOURSE ISLAMIC FINANCE (SIDR 2026) (PPZ-MAIWP)

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menghadiri Program Multaqa Syariah Intellectual Discourse Islamic Finance (SIDR 2026) anjuran PPZ-MAIWP yang menghimpunkan para ilmuwan, pengamal industri dan pihak berkepentingan bagi membincangkan isu-isu semasa serta perkembangan kewangan Islam.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan kepentingan memperkukuh ekosistem kewangan Islam yang berteraskan pematuhan syariah, tadbir urus yang baik serta mampu memberikan impak positif kepada pembangunan ummah dan negara.

Penganjuran SIDR 2026 menjadi wadah penting dalam memperkukuh wacana intelektual berkaitan kewangan Islam, di samping menggalakkan kerjasama strategik antara institusi agama, akademia dan pemain industri bagi memastikan pembangunan sektor kewangan Islam terus relevan, berdaya saing dan selari dengan tuntutan syariah.