اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Ziarah Mahabbah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz

[widgetkit id=104]

Ziarah Mahabbah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada hari Jumaat, 28 November 2014 (5 Safar 1436H)

Antara isi penting yang disampaikan oleh Habib Umar ialah:

• Kita tidak mendapati seorang nabi pun daripada para anbia’ yang datang membawa risalah daripada Allah SWT, lalu membataskan hubungan antaranya dan kumpulan daripada umat dan kaumnya, tidak juga hanya kepada mana-mana orang yang mempunyai persamaan dari segi pemikiran dan akal dari kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

• Tiada satu pun daripada manhaj kebenaran dan hidayah, fikrah kebenaran dan hidayah melainkan ia ada pada cara berinteraksi, perlaksanaan dan penerapan yang pelbagai dan beraneka ragam.

• Ikhtilaf tidak menghalang kesatuan titik persamaan.

• Kepentingan merujuk kepada ahli ilmu.

• Hubungan yang baik walaupun ada perbezaan pandangan.

• Kegagalan ada berpunca daripada taksub kepada sesuatu pandangan.

• Contohi hubungan imam-imam mazhab.

• Keperluan untuk ada mahabbah (kasih sayang) dalam diri pendakwah.