اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SEMINAR PENJELASAN FATWA TAHUN 2015

Pada 27 Mei 2015M bersamaan 9 Sya'aban 1436H (Rabu), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan (PMWPL), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengadakan program Penjelasan Fatwa Tahun 2015 di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Wilayah Persekutuan Labuan.

Objektif program ini bagi menghebahkan dan memberi penjelasan mengenai fatwa penyelewengan Millah Ibrahim dan salah faham mengenai jihad di Syria khususnya kegiatan keganasan yang dilakukan IS. Selain itu, program ini bertujuan membentuk kefahaman yang selaras antara setiap individu dan golongan mengenai isu ini, melindungi masyarakat daripada terpengaruh dengan ajaran sesat yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Program ini turut dihadiri S.S. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan Ahli Dewan Negara, YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus.