اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

ZIARAH MAHABBAH PESERTA DAN ALUMNI PROGRAM REALITI TV IMAM MUDA

Khamis | 20 Ogos 2015 – Satu perjumpaan telah diadakan di antara para peserta dan alumni program realiti TV, Imam Muda bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.  Bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pelbagai isu semasa seputar dakwah dan pembinaan peribadi Muslim telah diperbincangkan oleh mereka bersama Sahibus Samahah Datuk Mufti. Beliau telah menekankan dalam nasihat beliau agar para pendakwa muda sentiasa mencontohi tokoh-tokoh pendakwah yang kritis dan berjiwa khususnya Syeikh Abu Hassan Ali al-Nadwi dalam membina kualiti para pendakwah muda.  Turut bersama ialah Naqib Usrah Imam Muda, Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jufri.

[widgetkit id=137]