Soalan: Bolehkan seorang anak membuat pinjaman peribadi untuk menghantar ibu bapanya menunaikan fardhu haji sedangkan dia sendiri belum pernah menunaikan haji?
Jawapan:
Hukumnya adalah dibolehkan dan ini juga termasuk dalam bir al-Walidain yang akan dipahalakan Allah. Walaupun begitu seseorang itu tidak boleh menghajikan untuk ibu bapanya jika sekiranya dia belum lagi mnegerjakan haji berdasarkan hadis Syubrumah:
حُجَّ عَنْ نَفْسِكَ، ثم حُجَّ عن شُبْرُمَةَ
Maksudnya: “Hajilah untuk dirimu dahulu kemudian lakukanlah haji untuk Syubrumah.”
Riwayat Abu Daud (1811)
Semoga kebaikan yang kita lakukan kepada ibu bapa kita mendapat kebaikan di sisi Allah. Amin.