اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #307 : SOLAT TERAWIH SAMBIL MEMEGANG DAN MEMBACA MUSHAF

 

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 307 (29 JUN 2016 M / 24 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum. Moga ust dan sahabat2 dalam jabatan mufti dalam rahmat Allah, terus bimbing ummah ke arah kebaikan dan diterima amalan. Nak bertanya mengenai soalan perihal ramadan,

Boleh tak waktu terawih memegang quran terjemah dan juga membaca terjemah dalam hati seiring dengan ayat yang dibaca oleh imam untuk memahami dan menghayati ayat yg dibaca oleh imam?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Memegang mushaf terjemahan al-Quran dan membacanya di belakang imam ketika solat Terawih dibolehkan dan tidak membatalkan solat. Namun begitu, pastikan tidak melakukan perbuatan lain yang boleh mengganggu khusyuk solat.

Wallahua’lam.