AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 289 (14 JUN 2016 M / 9 RAMADHAN 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum SS Datuk Dr,
Saya ada satu persoalan yg masih bermain dlm fikiran saya. Saya menghadiri kuliah subuh di masjid rumah saya di Shah Alam. Penceramah tersebut bercerita kehebatan seorang Imam yg bernama Imam Al-Juwaini al-Haramain. Ketika mengulas bagaimana Imam Juwaini dapat gelaran al-Haramain, penceramah menyatakan kerana Imam Juwaini pada satu ketika mengimamkan solat fardhu (saya tidak ingat waktunya) di Mekah dan dalam masa yang sama beliau mengimamkan solat yang sama di Madinah.
Kenyataan ini agak menyanggahi akal walaupun saya tahu Allah berkuasa melakukan perkara sedemikian, namun saya rasa seolah cerita ini seperti keterlaluan dan boleh mengakibatkan agama ini dipandang sebagai penyebar cerita khayalan.
Sekiranya berlaku perkara sedemikian ke atas para Anbiya', kita boleh anggap sebagai mukjizat. Namun cerita ini berlaku ke atas seorang yg alim.
Soalan saya:
1. Apakah benar cerita yang disampaikan oleh penceramah tersebut?
2. Bagaimanakah sepatutnya saya sebagai orang awam Ahli Sunnah wal Jamaah menerima cerita-cerita sebegini?
Mohon jasa baik SS Datuk untuk memberi pencerahan.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Kami tidak tahu kebenaran cerita tersebut dan kami juga tidak menemuinya daripada sumber-sumber yang sahih. InshaAllah kami akan menyebut biodata Imam al-Juwaini dalam masa terdekat.
Wallahua’lam.