اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #381 : TIDAK LARAT BERPUASA KAFFARAH KERANA DIABETES & ADAKAH DIGANDAKAN KERANA LANGKAH TAHUN?

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 381 (12 SEPTEMBER 2016 M / 10 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wmt. Ustaz, saya mohon mendapat pencerahan ttg denda kaffarah kerana bersetubuh dlm bulan Ramadhan. (i) Jika seseorang itu ia tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut2 kerana percaya kesihatannya (kencing manis) boleh memudharatkannya, bolehkah beliau menggantikan puasa itu dengan memberi makan 60 orang miskin? (ii) berapakah nilai (RM) 1 cupak beras bagi tujuan kaffarah tersebut?, dan (iii) jika persetubuhan itu berlaku beberapa tahun dahulu, contohnya 10 tahun dulu, adakah nilai kaffarah dikira spt berikut; nilai RM bagi 1 cupak beras x 60 orang × 10 thn?. Mohon pencerahan dari Ustaz. Terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Seseorang yang sengaja membatalkan puasanya dengan bersetubuh dengan isterinya di siang bulan Ramadhan sedangkan wajib bagi berpuasa, maka ke atasnya kaffarah menurut tertib:

I) Membebaskan seorang hamba beriman; atau

II) Berpuasa dua bulan berturut-turut; atau

III) Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Huraian lanjut boleh merujuk Irsyad Al Fatwa Khas Ramadhan #77: Hukum Bermesraan Bersama Pasangan Di Bulan Ramadhan [1].

Berkenaan seseorang yang tidak mampu berpuasa berturut-turut atas faktor kesihatan, boleh baginya untuk memberi makan kepada 60 orang miskin.

Adapun kiraan satu cupak makanan ialah 675.5 gram makanan, contohnya beras, bersamaan RM1.80 (harga tertakluk kepada perkiraan semasa, rujuk Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing.)

Jika seseorang tidak mampu memberi makan 60 orang fakir miskin pada suatu masa, dia boleh melakukannya secara beransur-ansur kerana tanggungjawab itu tetap terlaksana ke atasnya. Justeru, tidak digandakan kafarah jika melangkau Ramadhan yang baru.

Semoga Allah terima taubat dan berikan kekuatan.

Wallahua'lam.