اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #411 : MENGAMBIL GAMBAR SKEMA JAWAPAN LATIHAN TANPA KEBENARAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 411 (24 OKTOBER 2016 M / 23 MUHARRAM 1437 H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum tuan yang amat saya hormati & saya segani. Pertanyaan saya ialah apakah hukumnya saya mengambil jawapan latihan2 ( dengan cara mengambil gambar ) tanpa mengetahui pensyarah saya? Hal ini kerana saya merupakan pelajar di sebuah kolej persediaan ijazah, dimana latihan2 dari semua subjek sangatlah banyak sehinggakan masa saya dihabiskan hanya untuk melakukan latihan2 sahaja. Tujuan saya berbuat demikian kerana saya ingin menyiapkan latihan yang diberikan dan saya ingin belajar cara untuk menyelesaikannya.

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt,

Jika perbuatan saudara itu tidak dibenarkan oleh pensyarah, maka sayugianya tidak dilakukan kerana demikian merupakan salah satu cara yang tidak beradab kepada guru. Kami cadangkan saudara bertemu sendiri dengan pensyarah berkenaan untuk mendapatkan cara dan jalan kerja untuk menyelesaikan latihan yang diberi. Objektif latihan ialah untuk melatih pelajar mendapatkan jawapan, bukan dengan melihat jawapan dahulu kemudian baru latihan. Zaman belajar sememangnya ialah tempoh masa yang menguji pendirian dan kesungguhan kita tetapi kesan dan kejayaan yang diperolehi pada masa akan datang akan membuatkan kita lebih menghargainya. Ini lebih bermakna daripada sekadar mencuri jawapan untuk menyelesaikan latihan.

Wallahua’lam.