اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #422 : HUKUM MENGGABUNGKAN DUA NIAT MANDI HADAS DALAM JENIS BERBEZA

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 422 (2 NOVEMBER 2016 M / 2 SAFAR 1438H)

 

SOALAN:

Salam. adakah boleh disekalikan mandi wiladah dan nifas?iaitu dilakukan ketika darah nifas sudah kering.bagaimana dengan lafaz niat tersebut?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada saudari yang bertanya.

Timbul polemik mengenai seseorang perempuan yang mengalami dua atau lebih hadas besar dalam satu masa, apakah boleh diniatkan sekali dan adakah terangkat mandi wajib untuk hadas-hadas besar yang dialaminya.

Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudia dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid. Ini kerana hadas junubnya tidak terangkat dalam keadaan seseorag itu masih dalam haid.

Begitu juga sekiranya seseorang mengalami darah wiladah dalam keadaan masih mengalami darah nifas, maka ia hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya selesa barulah ia mandi kerana wiladah dan nifas.

Beberapa cara yang boleh diaplikasikan, antaranya:

  1. Meniatkan setiap hadas besar yang diaalami dan dimaksudkannya. Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali.
    “ Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”
  2. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.
    “Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)”
    atau
    “Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.

Kesimpulannya, menurut ulama Fekah, sekiranya seseorang itu mengalami dua hadas besar atau lebih, hukumnya adalah sah jika dia mengangkat kesemua hadas tersebut sekaligus dengan satu mandi sahaja seperti mana yang keterangan yang disebutkan tadi.

والله أعلم وأحكم