AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 255 (22 APRIL 2016 M / 14 REJAB 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz..
Mohon sgt2 memberi pencerahan mengenai soal Jama' & Qasar..
Sbb lain2 guru membuatkan penjelasan yg berbeza dari sudut hari.. Ramai masyarakat kita masih masih keliru & tidak faham/hadam ttg perkara ini.. Mohon ustaz perjelaskan mengenai mksud Musafir/Bermukim/Bermastautin. 2) Dan dalam tempoh musafir, berapa hari yg dibenarkan kan solat jama' & qasar..
Dan beberapa perkara penting yg Masyarakat khususnya Org Islam di Malaysia perlu tahu.. Mohon ustaz.. Jazakallah..
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Musafir bererti seorang yang melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah atau 81 KM. Bermukim bererti seorang yang menetap di suatu tempat lebih daripada tiga hari tidak termasuk hari datang dan hari keluar. Manakala bermastautin pula bermaksud tempat tinggal hakikinya.
Tempoh dibolehkan qasar dan jamak untuk musafir ialah tiga hari tiga malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang. Jika seseorang itu berniat untuk tinggal di suatu tempat selama empat hari atau lebih, maka dia tidak boleh qasar dan jamak ketika sampai di tempat itu kerana dia sudah dikira bermukim. Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had hari yang tetap, dan dibolehkan qasar dan jama’ sehigga sampai ke destinasi musafir.
Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/187).