اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #38 : PANGGIL SUAMI @ ISTERI DENGAN PANGGILAN “PAPA @ MAMA”

SOALAN 38 (12/05/2015 BERSAMAAN 23 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Benarkah seorang isteri tidak boleh memanggil suami dengan panggilan papa/abah atau suami memanggil isteri dengan panggilan mama/ibu? Kerana ada ustaz kata ia menyamakan pasangan kita dengan individu yang haram kita kahwini.

 

JAWAPAN

Masalah ini berdasarkan kepad uruf dan bahasa setempat. Cumanya, bagi masyarakat Arab yang terdahulu, mereka menggunakan nama anak hasil perkahwinan tersebut dan diletakkan abu atau ummu sebagai contoh anak mereka bernama Ali maka bapanya dipanggil Abu Ali dan ibunya pula dipanggil Ummu Ali.