اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #16 : HUKUM MENJAWAB SALAM YANG TERDAPAT DALAM LIRIK LAGU

SOALAN 16 (27 APRIL 2015 BERSAMAAN 8 REJAB 1436H)

Saya ingin bertanya mengenai perkara yang berkaitan dengan salam. Seperti yang sedia maklum, menjawab salam hukumnya wajib. Jika dalam sebuah lagu itu (yang hangat dimainkan di radio) mengandungi lirik-lirik salam, wajibkah pendengar lagu tersebut menjawab tiap-tiap salam itu? Adakah pendengar itu berdosa jika tidak menjawab semua salam? Bagaimana pula jikalau pendengar itu tidak fokus mendengar lagu tersebut tidak menjawab salam itu? Apakah hukum mendengar lagu seperti itu? Apakah hukum jika mengikut nyanyi lagu itu? Perlukah menjawab salam jikalau lagu itu dinyanyikan secara 'live'? Terima kasih

 

JAWAPAN

Tidak. Kerana lagu ini biasanya diulang-ulang dan pada zahirnya disebut sekali sahaja tetapi telah dikasetkan atau diCDkannya. Walau macam manapun, kalau hendak jawab maka tidaklah menjadi kesalahan.