اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #32 : TATACARA PEMAKAIAN SERBAN

SOALAN 32 (06/05/2015 BERSAMAAN 17 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya berkenaan tatacara pemakaian serban. Di fahamkan sekiranya serban dipakai seperti tudung yang mana kedua-dua penjuru kain serban itu menghala ke bawah ketika solat hukumnya makruh. Adakah benar?

 

JAWAPAN

Minta maaf, saya tidak mengetahui akan hakikat ini tetapi di dalam kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah karya Imam al-Turmuzi menyebut berkenaan dengan serban Rasulullah ﷺ. Adapun warnanya Baginda ﷺ memakai serban berwarna hitam pada masa pembukaan kota Mekah dan serban baginda mempunyai ekor dan melabuhkannya di antara dua bahunya. Sahabat Nabi Ibn Umar mengikutnya dan serban Bagind ﷺ bersifat lilitan. Nabi juga memakai serban putih yang menjadi kebiasaan. Dikatakan dalam kitab Zaad al-Ma’ad serban Baginda ﷺ tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil tetapi pertengahan. Dalam Futuhat Rabbaniyyah menyebut panjang serban Nabi ﷺ adalah 7 hasta. Nabi menasihatkan supaya ekor serban jangan dipanjangkan hanya sekadar satu hasta atau kurang.