اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TERBUKA PINTU SYURGA, TERTUTUP PINTU NERAKA DAN SYAITAN DIBELENGGU SEMASA RAMADAN

SOALAN 81 (19/06/2015 BERSAMAAN 02 RAMADAN 1436H)

 

 

Assalamualaikum Ustaz. Dalam hadis ada menyatakan dalam bulan Ramadan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu. Bagaimana pula di luar bulan Ramadan? Adakah sebaliknya?

 

JAWAPAN

 

            Ya, zahir hadis menunjukkan sebaliknya dan ini menunjukkan kemuliaan bulan Ramadan sahaja. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Boleh ditafsir secara zahir dan hakikat yang mana pintu-pintu syurga memang dibuka, pintu-pintu neraka memang ditutp dan syaitan-syaitan dirantai sebagai tanda kemuliaan dengan masuknya bulan Ramadan. Di samping syaitan dirantai untuk menegah mereka daripada menggangu dan memperdaya orang yang beriman.”

            Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: ‘Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya.”

            Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.

            Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: “Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka.”