AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 145 (05 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 24 RABIULAWAL 1437H)
SOALAN:
Assalamualaikum Tuan Mufti,
Ada sorang kawan bukan Islam saya memberikan wang sejumlah RM 1000 daripada hasil judi. Saya tak nak guna duit itu. Boleh tak saya beri kepada orang miskin? Mohon pencerahan Datuk.
Terima kasih.
JAWAPAN:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Sebaiknya duit tersebut digunakan untuk pembangunan maslahah awam seperti pembinaan tandas, jalan raya dan infrastruktur lain yang tidak dimuliakan.
Wallahua`lam.