SOALAN 49 (15/05/2015 BERSAMAAN 26 REJAB 1436H)
Assalamualaikum Ustaz. Bagaimana cara untuk memudahkan urusan hidup mati orang yang berhutang? Bagaimana pula jika pemberi hutang sering menghemburkan kata-kata kesat (memaki hamun) kepada penghutang kerana tidak mampu bayar?
JAWAPAN
Pertama sekali, ingatlah pesanan dan nasihat Rasulullah ﷺ dan juga para Sahabat. Antaranya
- Elakkan daripada berhutang kecuali perlu sahaja.
- Elakkan berhutang dari luar kemampuan untuk membayarnya
- Bertekad untuk membayar hutang tanpa bertangguh.
- Banyak berdoa kepada Allah untuk dilangsaikan hutang seperti doa yang diajar oleh Baginda ﷺ
- Bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha untuk melangsaikan hutang.
Seterusnya, elakkan daripada memaki orang yang berhutang dengannya tetapi ganti dengan berdoa agar dia membayar akan hutangnya. Ingatlah member hutang merupakan kerja kebajikan yang besar ganjaran pahalanya.