SOALAN 56 (18/05/2015 BERSAMAAN 29 REJAB 1436H)
Assalamualaikum Ustaz. Bolehkah saya solat jamak qasar apabila saya pulang ke kampung yang mana jarak antara rumah dan kampung lebih kurang 100km.
JAWAPAN
Jika menganggap kampung masih rumah kita, tidak boleh. Jika menziarahi orang tua dan kita sudah ada rumah di Bandar, maka hukumnya dibolehkan. Berkenaan dengan jarak perjalanan menjadi khilaf ulama. Ini kerana jarak tersebut dikira secara taqribi (anggaran sahaja) bukan tahdidi (setepatnya). Justru ada yang mengatakan 81KM, 89KM, 90KM, 91KM, dan lain-lain lagi.