اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM MELAKUKAN SEKS DENGAN HAMBA

SOALAN 63 (02/06/2015 BERSAMAAN 15 Sya’aban 1436H)

 

Assalammualaikum Ustaz. Di sini saya ada pertanyaan. Apakah hukum jika seseorang itu melakukan hubungan seks dengan hamba, yakni seperti berikut:

1) Tuan lelaki melakukan hubungan seks dengan hamba wanita?

2) Tuan wanita melakukan hubungan seks dengan hamba lelaki?

 

Saya mohon penjelasan daripada Ustaz untuk sekadar pengetahuan walaupun zaman sekarang ini tiada wujud golongan hamba lagi. Sekian, terima kasih.

  

JAWAPAN

 

Mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita yang menjadi miliknya sendiri adalah dibolehkan berdasarkan nas Ilahi. Firman Allah SWT

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧

Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (Surah al-Mu’minun: 5-8)

 

Sebaliknya jika hamba itu lelaki maka tuan perempuan tidak dibenarkan melakukan persetubuhan berdasarkan nas di atas.  Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua. Amin.