اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

DIPULAUKAN KERANA MENEGUR RAKAN SEKERJA MENGUMPAT

SOALAN 68 (10/06/2015 BERSAMAAN 23 Sya’aban 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya perasan di unit baru tempat saya bekerja, kawan-kawan di sini suka mengumpat antara satu sama lain. Maksudnya di hadapan kawan baik, di belakang kawan diumpatnya. Jadi saya mengambil pendekatan berdiam diri walaupun saya tahu yang mendengar pun berdosa. Tetapi andai ada kekuatan, saya akan menegur perbuatan tersebut. Akan tetapi masalah sebaliknya terjadi. Saya telah dipulaukan oleh mereka.

 

JAWAPAN

Berpeganglah kepada hadith Nabi SAW. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap yang baik atau diam. Tiada ruang untuk melakuakan umpatan dan cacian sesama Muslim. Semoga budaya yang tidak baik ini diganti denan zikrullah dan mahasinu al-akhlaq atau kebaikan akhlak.