اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM BERDOA KETIKA SUJUD YANG TERAKHIR

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 118 (11 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 29 SAFAR 1437H)

 Kredit

Assalamualaikum Tuan Mufti yang dihormati, Saya ingin bertanya tentang permasalah berkaitan dengan doa ketika sujud terakhir dalam solat. Ini kerana terdapat khilaf berkaitan permasalahan INI. Adakah perlaksanaannya dibenarkan atau pun sebaliknya? Semoga tuan yang lebih arif membantu saya dalam permasalahan ini. Terima kasih. 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

Hukumnya ialah berdoa disunatkan dalam semua sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: "Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud)."

Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

 

Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan. Yang terpilih ialah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan. Adapun menggunakan bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati. Tetapi yang paling afdal, ikutilah sunnah Rasulullah SAW.

Wallahuaʿlam