اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA ALLAH

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 126 (16 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 5 RABIULAWAL 1437H)

 

 

SOALAN:

Salam Ustaz, adakah dibolehkan meletakkan nama anak dengan nama Allah misalnya Muhammad Al-Hafiz? 

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Tidak ada masalah menamakan anak dengan al-Hafiz yang membawa maksud penjaga. Nama tersebut tidaklah khusus bagi Allah semata-mata seperti al-Rahman, al-Razzaq dan al-Khaliq. Baik juga jika ditambah Abdul Hafiz yang bermaksud hamba kepada Tuhan yang Maha Penjaga.

Wallahua`lam.