AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 133 (21 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 9 RABIULAWAL 1437H)
SOALAN:
Assalamualaikum tuan,
Saya ada soalan berkenaan rabitah dalam amalan tasawuf. Apakah terdapat konsep rabitah dala Islam. Kedua, adakah boleh jika seseorang mengaku bahawa dia boleh melihat seseorang yang sudah meninggal dunia hadir dalam majlis hol/haul?
Terima kasih.
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Dibolehkan dengan beberapa syarat. Sila rujuk buku kami yang bertajuk ‘Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf tapi Anda Tiada Tempat untuk Bertanya’. Bagi persoalan mengenai melihat orang mati dalam Majlis Haul, maka ianya sekadar dakwaan yang perlu disemak dengan sebaiknya.
Wallahua`lam.